e-dagang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah menyarankan agar kita mempertimbangkan teknik e-dagang untuk merancakkan kemajuan perniagaan mulai sekarang. Saya percaya saranan beliau dibuat berdasarkan perkembangan-perkembangan di atas yang beliau lihat sendiri di negara-negara luar yang sememangnya jelas sekiranya tidak diambil kesempatan ke atas teknologi dalam talian ini, perniagaan kita pasti akan berada di takuk yang sama dan lama-kelamaan tidak akan mampu bersaing lagi di pasaran.



Ekonomi perkongsian yang anda perlu ambil tahu.
Saya pernah menulis tentang sharing economy atau ekonomi perkongsian ini dan bagaimana ia semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk dunia termasuk di Malaysia. Contoh yang baik ialah dengan penggunaan kepakaran freelancer dalam membantu anda untuk menyelesaikan sesuatu benda.
Anda tidak perlu lagi mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi setiap bulan untuk membayar gaji para pekerja yang tidak produktif, malas atau yang ingin mengambil kesempatan ke atas kebaikan anda.
Golongan usahawan mikro yang dikenali sebagai freelancer ini hanya mengenakan caj amat berpatutan ke atas perkhidmatan yang disediakan kerana mereka juga bekerja untuk syarikat-syarikat lain.
Contoh lain yang perlu saya sebutkan di sini ialah penggunaan taktik user generated content atau kandungan yang disediakan oleh orang ramai. Ia juga kini semakin digunakan oleh jenama-jenama besar se­perti Coca-Cola, Airbnb dan Utusan Malaysia.
Secara perlahan-lahan strategi kandungan mereka dibantu oleh artikel, gambar dan video yang disediakan oleh pelanggan-pelanggan mereka. Dan yang paling menarik sekali ialah, ia percuma.



Guna strategi pemasaran lebih efektif.
Tukar dan guna kaedah pemasaran secara dalam talian yang lebih efektif dan murah. Penggunaan media-media sosial dan blog pasti mampu membantu anda menaikkan kembali penjenamaan anda di mata pelanggan.

Ekonomi kini bersifat global.
Tiada lagi istilah pemasaran untuk kawasan anda sahaja. Kini, setiap apa yang anda jual akan tersebar jauh keluar ke seluruh dunia sama ada anda suka ataupun tidak.
Terima kasih kepada kemajuan teknologi internet dan media sosial, anda kini boleh memasarkan produk dan perkhidmatan anda hanya di hujung jari tanpa perlu secara fizikal merantau jauh. Malah di sini juga anda boleh mengenal pasti rakan-rakan kongsi yang berpotensi menjadi pengedar produk anda di negara tersebut.
Dengan senarai di atas, anda cuma perlu tahu bagaimana menyediakan satu strategi yang kuat dan praktikal untuk menjayakan tahun 2017 anda.